:: Hanya ingin kau tahu ::

My photo
Hadapi dengan senyuman setiap apa yang kau lalui kerana ia akan baik-baik sahaja selepas ini..Percayalah kerana dengan senyuman manismu itu mampu mencairkan sejuta kelukaan yang terpalit di hati

Saturday 30 September 2017

throwback siapakah Poksu tu?

Salam..dah lama rasanya Nadia tak update perihal Nadia..kehidupan Nadia sekarang Alhamduillah bahagia di samping keluarga..Opsss.. lupa nak bagitau yang Nadia sudah pun berkahwin dengan adik jiran PD..hahaaa...tu la orang cakap Jodoh tu milik Allah..tiada siapa pun sangka Jodoh Nadia sebelah rumah je..Nadia pun sebenarnya macam tak percaya...
        Kisah bertembungan kami suami isteri setelah Nadia sendiri pergi ke rumah Jiran lama a.k.a kakaka ipar..hahaaa..Sebelum Nadia pergi ke rumah kakak ipar (Cik Dah)..memang Nadia selalu bermimpi yang Nadia pergi ke PD...sampai Nadia cakap mungkin Nadia rindu dengan kawan baik Nadia sendiri iaitu Cik Dah..dan apabila Nadia sampai ke sana.. Cik Dah tak kenal Nadia (mana nak kenal..kan dah lama tak berjumpa setelah Nadia habiskan tingkatan 3 then pergi ke Kedah)..
       Nadia ingat lagi ketika itu Nadia pergi waktu lepas maghrib dan kebetulan pulak si Alif (anak Cik Dah dah berkahwin)..Ya Allah..Alif dah berkahwin...Alhamduillah...Nadia terus tegur Cik Roslee (husband Cik Dah) dan Alif.. masa tu Alif dan Cik Roslee tengah lepak2 kat depan rumah..sampai je Cik Dah ke rumah..Nadia terus tegur Cik Dah..
  "Kenal ka saya ni siapa?", tegur Nadia..reaksi Cik Dah pulak hanya blur dan menggeleng kepala seperti tidak kenal siapa Nadia...
    "Saya Nadia anak Cik Zah sebelah jiran rumah Cik Dah",balas Nadia tersenyum sambil salam Cik Dah dan berpelukan..Cik Dah bertanya khabar kami sekeluarga..hahahaa..yang paling menggeletek hati Nadia apabila Cik Dah bertanya sesuatu diluar kotak fikiran Nadia..
  "Kakak dah berkahwin? Kakak dah ada boyfriend ka?", soal Cik Dah sampai tengok reaksi Nadia...Nadia hanya bagitau yang Nadia masih single and available (ketika tu Nadia couple dengan Mat Terap tapi pengalaman berkawan dengan Mat Terap membuatkan Nadia tak mahu berharap sangat takut tak kemana hubungan kami)..Nadia bukan tak mahu mengaku Nadia couple cuma Mat Terap yang Nadia berkawan ni macam tak bersungguh nak berkahwin..hmmmm...
    Pabila Nadia bagitau yang Nadia masih single and available tertiba Alif menyampuk "Ibu, kahwinkan sahaja Kakak dengan Poksu". Reaksi Nadia... siapa pulak Poksu ni...???....Masa tu tak fikir apa-apa yang tersirat...Nadia cuma fikir seorang je adik Cik Dah..tu pun Mamat yang suka pakai topi..Nadia ada bertanya pasal adik Cik Dah yang tu tapi Cik Dah cakap adik dia tu dah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak...mmmmm ok lah dah berkahwin tapi adik Cik Dah mana pulak yang Alif sebutkan tu ???...