:: Hanya ingin kau tahu ::

My photo
Hadapi dengan senyuman setiap apa yang kau lalui kerana ia akan baik-baik sahaja selepas ini..Percayalah kerana dengan senyuman manismu itu mampu mencairkan sejuta kelukaan yang terpalit di hati

Monday 2 October 2017

Berdua

Perkenalan kami bermula sejak dari rumah Cik Dah membuatkan kami selesa membalas mesej...Kadang-kadang Poksu datang ke Kepong atas urusan kerja dan sekiranya tiada kerja yang berkaitan, Poksu akan mengajak Nadia keluar makan area Desa Parkcity..Nadia jarang keluar ke Desa Parkcity kerana taman rekreasi tu membolehkan pengunjung membawa binatang peliharaan seperti anjing dan kucing..Ya Allah, betapa gerunnya Nadia apabila seekor anjing sebesar serigala muncul di hadapan Nadia...terus Nadia berlari ke belakang Poksu, Nadia tidak malu sekiranya bersentuhan dengan Poksu apabila kejadian tu berlaku...Nadia sememangnya takut dengan anjing..huhuhuuu...Pemilik anjing tersebut pun terkejut dengan aksi spontan Nadia lalu dia memintaa maaf atas apa yang jadi...Nadia yang berada di belakang Poksu hanya memandang ke bawah sahaja..Apabila Poksu mengetahui reaksi Nadia bila berhadapan dengan anjing

It’s ok” Poksu berkata

Sorry sorry” tanda pemilik anjing tersebut betul-betul berasa bersalah dengan apa yang terjadi...

Nadia sudah pulih sedikit trauma tadi dan kami menuju ke kedai makan...Makanan sudah pun sampai ke meja kami...Nadia menikmati makanan spaghetti aglio olio..
Masing- masing menikmati makanan, seketika Poksu ingin menyuapkan makanannya.Poksu ternampak sesuatu atas pinggannya.

"You tengok ni, apa ek?" soal Poksu kepada Nadia.

"Emm, macam something...Hmmm macam kaki lipas." Nadia beritahu dalam teragak-agak. Kelihatan sesuatu tu menyerupai kaki lipas.

Poksu memanggil pelayan kedai tu dan menyuruh budak pelayan tu melihat benda yang ditunjukkan oleh Poksu..

 “Cuba You tengok kat dalam ni ada apa ek? Macam kaki lipas kan?”, soal Poksu dengan muka yang cuak apabila makanan yang dipesan mengandungi sesuatu seperti kaki lipas..

Terus Poksu meletakkan sudu dan garfu di atas meja...Budak pelayan yang tidak tahu bercakap bahasa melayu dan inggeris dengan fasih membuatkan Poksu hilang sabar dan terus memanggil Pengurus kedai...Dari pemerhatiaan Nadia,budak pelayan tu berwarga asing...Kawan kepada budak pelayan datang dari arah mana ingin membantu tetapi Poksu tidak mahu bercakap dengan sesiapa pun melainkan Pengurus kedai..

Mana Manager you?” soal Poksu serius.

Manager keluar” jawapanyang diberi oleh pelayan tu membuatkan Poksu ingin beredar dari tempat makan tersebut..

You habiskan makanan, I nak bayar jap” Poksu terus ke kaunter.

Poksu ke kaunter pembayaran untuk membayar makanan yang Nadia pesan tetapi cashier tersebut mengira kesemua pesanan yang dibuat oleh Poksu..Poksu tidak mahu membayar bahagian makanannya kerana dia tidak menjamah apa pun makanan setelah melihat benda yang menyerupai kaki lipas berada dalam pinggan yang dipesannya..
Nadia yang masih lagi menjamah sedikit makanan terpaksa membatalkan niat untuk menghabiskan makanan kerana hidangan makanan yang dipesan oleh Poksu ada kaki lipas..

 “ Awak nak pesan makanan lain selain makanan ni” Nadia memberi cadangan.

I takkan makan kat sini sebab I tak tahu dapur diaorang bersih atau tak” jawap Poksu..

Jawapan Poksu membuatkan Nadia rasa bersalah kerana memilih restoran makanan tu..Kami pun beredar dan Nadia memohon maaf di atas apa yang terjadi tadi...Poksu menghantar Nadia pulang...


Nadia mencari kawan baik Poksu iaitu Azhar dalam Facebook untuk menyuruh Azhar membawa Poksu makan..Nadia menceritakan kejadian yang berlaku di restoran makanan tadi kepada Azhar dalam messenger..Azhar membalas ok...

No comments:

Post a Comment