:: Hanya ingin kau tahu ::

My photo
Hadapi dengan senyuman setiap apa yang kau lalui kerana ia akan baik-baik sahaja selepas ini..Percayalah kerana dengan senyuman manismu itu mampu mencairkan sejuta kelukaan yang terpalit di hati

Monday 2 October 2017

Palong N9

Sudah lama Nadia tidak bertanya khabar Cik Dah sekeluarga..Dalam aplikasi mesej WeChat tu, Nadia mesej Myra..Myra tidak buat apa-apa aktiviti pada tengahari tu..Kemudian kami berbalas mesej.Seronok bila berjumpa balik jiran lama.Myra pun makin cantik dan rajin menolong ibunya.Memang pandai Cik Dah dan Cik Roslee mendidik anak-anaknya.
                Myra ada memberitahu yang dia sekeluarga akan ke Palong, Negeri Sembilan iaitu Nenek Saudara sebelah Cik Dah hari sabtu. Kebetulan hari yang mereka ingin ke sana tu adalah hari pekerja.Maklumlah cuti umum.Myra nak tunjuk kepada kakak.Tanpa berfikir panjang, Nadia sangka kakak tu adalah Nadia.Nadia pun setuju nak join ke sana.Nadia terus mesej Poksu untuk pergi ke sana.Poksu pun setuju saja dengan cadangan Nadia.Kami merancang untuk pergi malam hari pekerja.Dalam telahan Nadia, Nadia akan tidur di PD sebelum ke Palong tetapi Poksu terus ke Palong malam tu..
               
                “Kita ke mana?” kata Nadia. Pelik. Yela Nadia pernah drive ke PD mesti Nadia tahu jalan kesana.

                “Kita terus ke Palong.” Balas Poksu tanpa rasa curiga dengan persoalan Nadia.

                “Oh, saya ingat kita pergi ke PD dulu baru ke Palong”, kata Nadia.

                “ Kenapa? Kita terus sahaja ke Palong sebab dah lewat malam”, kata Poksu yang leka memandu ke Palong. Jalan ke Palong dikelilingi oleh pokok-pokok hutan dan terpencil.

                “Oh okey la” balas Nadia.

Sampai je ke rumah Palong, disambut oleh seorang perempuan yang berusia lingkungan 50-an. Poksu memanggilnya Mak Chit. Mak Chit menghulurkan tangan sambil bertanya khabar Poksu. Mak Chit memerhati ada seseorang yang keluar dari penumpang kereta.

                “Eden bawa kawan”, kata Poksu setelah melihat riak muka Mak Chit.

                “ Oh kawan. Nama apa?”, balas Mak Chit.

                “ Nadia”, kata Nadia segan.

Mak Chit  mempersilakan kami masuk ke rumah. Mak Chit seorang yang ramah. Mak Chit memberitahu kepada Poksu yang dia demam. Katanya dari petang ,Mak Chit tak bangun dan mengalami sakit kepala yang teruk.
               
                “Nasib Eden datang, kalau tak Mak Chit tidur sahaja”, Mak Chit bercerita dengan loghat Negeri Sembilan pekat.

                “Oh yeke”, balas Poksu. Terkejut dengan apa yang Mak Chit khabarkan.
Nadia yang mendengar perbualan mereka hanya memohon Allah menyembuhkan demam yang dialami oleh Mak Chit. Setelah mengambil beg pakaian, terus Mak Chit menunjukkan bilik kosong. Bilik yang dilengkapi dengan katil kelamin dan meja solek serta almari baju. Alhamduillah selesa sangat. Mak Chit menegur sekiranya ada kekurangan jangan segan silu beritahu pada dia. Nadia rasa selesa sangat lagipun badan penat kerana perjalanan dari Kuala Lumpur ke Palong memakan masa 5-6 jam..
                Sebelum tidur, ada mesej masuk dari Poksu.

                “ Sorry tau”, mesej dari Poksu. Poksu rasa bersalah kerana datang ke Palong terlebih dahulu.
               
                “ Oh. Tak pe”, Nadia balas dengan penat.

Sudah pukul 6 pagi, terdengar Mak Chit mengalunkan ayat-ayat Al-Quran. Nadia bangun mengambil wuduk dan solat subuh. Seterusnya, Nadia mandi dan tolong apa yang patut. Perkara yang biasa perempuan buat pada waktu pagi. Poksu terus keluar untuk beli sarapan pagi.
jemput breakfast..bismillah.. 
                Mak Chit beramah dan macam-macam cerita dia bercerita dengan kami sambil menyediakan bahan-bahan untuk menu tengahari. Mak Chit bercadang nak masak ayam kampung masak lemak cili api dengan daun kemaman, ikan keli bakar bersama cili sambal.
Ready to salai ikan keli!! 
                Dalam kelekaan kami menyediakan menu tengahari, tiba-tiba ada suara memberi salam. Rupa-rupanya Cik Dah sekeluarga datang kesini. Ya Allah, seronoknya Nadia bila mereka datang kerana Nadia kekok bila hanya kami bertiga sahaja dalam rumah tu. Meriah makan beramai. Petang tu, masing-masing mencari tempat lepak. Nadia perhati Poksu lepak dekat atas rumah.
ikan bakor..

                “You, kita balik KL ek? I ada urgent kerja nak kena buat.” Kata Poksu sambil memegang telefon bimbit Note 2.

                “Oh okey”, balas Nadia. Nadia terus mengemas beg pakaian.

Sebelum kami beransur pulang, azan Asar berkumandangan.Kami menghormati  jadi kami menunggu sehingga azan habis berkumandangan.

                “Ibu, kahwinkan sahaja Poksu dengan kakak”, sekali Alif dengan nada menyakat.


Sama ada Nadia dan Poksu malu dengan ayat yang dikeluarkan oleh Alif. Jadi kami tak mahu kekok bila kami berdua saja yang berada dalam kereta nanti.Dalam hati Nadia, insyaAllah kalau Allah izinkan jodoh antara kami. Nadia tak mahu berharap sangat perihal jodoh kerana pengalaman Nadia berkawan selama 4 tahun tidak menjanjikan apa-apa.



assalamualaikum..good morning peeps. HAPPY LABOUR DAY!

No comments:

Post a Comment