:: Hanya ingin kau tahu ::

My photo
Hadapi dengan senyuman setiap apa yang kau lalui kerana ia akan baik-baik sahaja selepas ini..Percayalah kerana dengan senyuman manismu itu mampu mencairkan sejuta kelukaan yang terpalit di hati

Monday 2 October 2017

Souvenior

      Hari berganti hari..sudah seminggu Nadia mahupun Poksu tidak menghantar sebarang mesej..Mungkin kami penat dengan kerja...pada masa yang terluang Nadia akan memikir siapa Poksu ni? Walaupun kami bersekolah di sekolah yang sama dan kenapa Nadia tidak pernah melihat Poksu di sekolah..Mungkin sahaja jarak umur kami berbeza 7 tahun...Dan apabila Nadia masuk ke tingkatan 1, Poksu pula sudahpun habis SPM dan menunggu panggilan dari Universiti dan Kolej...persoalan siapa Poksu tidak terjawab oleh siapapun...hanya tinggal tanda soal...Seingat Nadia, Nadia pernah membeli majalah sekolah tapi tidak ingat muka Poksu ni dekat mana-mana ruangan majalah sekolah tu...

Assalamualaikum..tengah buat apa tu?” mesej dari Poksu

 “Wkmslm..tak buat apa pun..hari ni kerja setengah hari..dalam pukul 1petang baru habis kerja” Nadia membalas mesej tersebut...

Terus kami berbalas mesej...Pada hari tu adalah hari Sabtu..Nadia masih berkerja setengah hari..Jadi waktu kerja Nadia dari pukul 8pagi hingga 1tengahari..Poksu ajak keluar..Nadia bercadang mengajak Kakcik untuk keluar menemani Nadia kerana Nadia segan keluar berduaan dengan Poksu..Nadia menghantar mesej kepada Poksu yang Nadia akan membawa Kakcik bersama..Poksu memahami...
                Sambil menyiapkan kerja sempat lagi Nadia memikirkan ajakkan Poksu petang nanti...Nadia sudah pun merancang persiapan diri untuk berjumpa dengan Poksu..Nadia ingin memakai baju apa?tudung apa?..hahahahaaaaa...biasalah perempuan apabila mahu keluar dengan kawan-kawan ataupun dengan sesiapa pun mesti mahu kelihatan cantik dalam keadaan bersederhana mengikut kehendak ajakkan seseorang ataupun urusan yang berkaitan...
                Dalam pukul 1petang Nadia terburu-buru menyiapkan diri sambil melihat jam di tangan sudah pukul 2petang...Ya Allah...dah lambat...kerana Poksu sudahpun berada di Mall (ONE UTAMA)..
                 Nadia menyatakan bahawa Nadia lambat ke sana kerana jalan jem ketika tu dan parking kereta yang terhad kerana hari minggu sudah tentu ramai orang yang keluar berjalan-jalan di Shopping Complex...Dalam keadaan yang kelam kabut, Nadia terus menghantar  mesej kepada Poksu yang Nadia baru sahaja berada di tempat parking kereta..Pada masa yang sama, Nadia terus menelefon Poksu..dimana Poksu berada? Dalam masa yang sama, Poksu menyatakan dia  tidak menjamah sebarang makanan..huhuhuhuu kasihan Poksu tidak menjamah makanan walaupun waktu tu sudahpun melepasi waktu makan tengahari...Kami bertemu berhampiran dengan pameran kereta yang berada di bahagian atas tanah (ground floor)...Poksu memberi sesuatu kepada Nadia..Nadia mengambil dengan tangan terbuka..Katanya cenderahati dari Negara Gajah Putih (Thailand) kerana Poksu bercuti bersama kawan-kawannya...

               Setelah itu, Kami berada di Restoran Madam Quan dan memesan  makanan mengikut selera masing-masing sambil bercerita perihal Poksu ketika dia bersekolah di sana...Pelbagai perkara yang kami bualkan...Akhirnya, Poksu membayar makanan kami...Ya Allah, baiknya hati Poksu...Nadia hanya berkata dalam hati seterusnya mengucapkan terima kasih kerana belanja makan...Sebelum pulang, Poksu mahu ke kiosk Maybank untuk menebus point yang Poksu kumpulkan...Dan beg galas yang dia dapat...kebetulan Kakcik ingin membeli makanan Tako-tako...sambil menunggu makanan, Nadia masih memegang beg yang berisi cenderahati pemberian Poksu...Poksu melihat Nadia terkial-kial memegang beg tersebut kerana beg tu besar dan berat maka Poksu menghulurkan pertolongan untuk memegang beg tu sehingga kami berpisah menuju ke parking kereta masing-masing...



..:| dapat pun beg...

No comments:

Post a Comment