:: Hanya ingin kau tahu ::

My photo
Hadapi dengan senyuman setiap apa yang kau lalui kerana ia akan baik-baik sahaja selepas ini..Percayalah kerana dengan senyuman manismu itu mampu mencairkan sejuta kelukaan yang terpalit di hati

Monday 2 October 2017

Poksu tu adik Cik Dah !!!

Setelah sekian lama hidup bujang yang tiada couple (cewah padahal time tu tengah couple dengan Mat Terap hahahaaa...whatever..)..Nadia bermimpi lagi...PORT DICKSON...kenapalah Port Dickson??...tak boleh jadi ni...Time tu Nadia free..tak kerja pada hari Sabtu..Nadia dekad nak pergi jumpa Cik Dah dan bertemankan adik Nadia (Kakcik)...Actually Nadia nak tunjuk kat Kakcik..PD tempat kami membesar dan bersekolah di sana..PD sudah banyak berubah..lain dulu dari sekarang..
    Sampai di sana..Nadia terus perkenalkan Kakcik pada Cik Dah sekeluarga...tetapi Cik Dah kenal Kakcik sebab dari raut wajah Kakcik masih sama...tetapi Nadia nampak lain ek ???...hmmm...Lunch time Nadia dan Kakcik lepak kat ruang tamu sambil tengok TV..Nadia terdengar Alif bercakap dengan seseorang...

       "Assalamualaikum, Poksu ada kat mana?, Alif terus menanya sambil mengangguk faham dimana si pemanggil tu berada...

Di sampuk dengan sapaan Cik Dah kepada Alif yang ingin juga tahu Poksu tu berada...
   
       "Ibu, Poksu on the way datang sini.",balas Alif kepada Cik Dah.

.Tanpa membuang masa Nadia menelefon Mak bagitahu Nadia berada dekat rumah Cik Dah bersama dengan Kakcik...Nadia memberi telefon pada Cik Dah dan mereka berbual-bual sambil bertanya khabar sesama sendiri...
      Ketibaan Poksu sudah kelihatan..Nadia tengok muka mamat tu dengan berfikir Cik Dah ada adik bongsu ek...Kenapa tak pernah nampak pun Poksu sebelum ni??hmmmm...Poksu ni pun memandang Nadia..Seingat Nadia..Penampilan Poksu berwajah bersih dan kemas berpakaian santai..berseluar pendek dan berbaju lengan pendek menampakkan badan sasa seperti ahli bina badan...Poksu ni kelihatan malu-malu melintas di hadapan Nadia dan Kakcik antara laluan nak ke dapur (bahagian dapur terdapat satu bilik..Nadia rasa bilik tu bilik Myra iaitu adik kepada Alif)...Apabila Poksu tu keluar..Poksu sudah pun menukar seluar dari seluar pendek kepada seluar panjang..kemungkinan Poksu tu berasa segan apabila Nadia melihat dia berseluar pendek...
   Poksu terus duduk di sebelah pintu utama sambil memegang telefon...Poksu terus menyapa kami berdua...Kakcik terus memberi respon terlebih dahulu...

        "Tinggal dekat mana?" Poksu meramah mesra..
   
       " Kitaorang tinggal dekat Kepong, kerja dekat Hospital Parkcity...Hospital baru buka under Ramsay Sime Darby..", balas Kakcik.
     
       "Oh..", Poksu mengangguk faham..Nadia pun mahu tahu Poksu tu kerja dimana?...

        "Kerja di Ampang, Selangor", balas Poksu..

Seketika masing-masing menyepi diri dari sebarang soalan..Tiba-tiba, Poksu meminta nombor telefon..tak tahu sama ada nombor telefon siapa yang Poksu mahukan...adakah Nadia or Kakcik?...Kakcik terus buka mulut sambil tersenyum gembira..

       "Nombor telefon Kaklong la", Kakcik memberitahu..

Ketika tu Nadia terpinga-pinga..Kenapa pula nombor telefon Nadia??..

    Tiba-tiba, ringtone telefon Nadia berbunyi menandakan ada mesej masuk melalui aplikasi Whatsapp..Gambar profile kelihatan seperti Poksu yang mempunyai janggut sejemput seperti ni.

Assalamualaikummesej pertama dari Poksu...

Wkmslm” serta- merta Nadia membalas mesej tu..

Nanti kita jumpa dekat KL ek” balas Poksu

Ok” Ringkas Nadia membalas mesej menandakan Nadia faham maksud Poksu...Kami akan berjumpa di Kuala Lumpur...

Sekian lama menyepi antara Nadia mahupun Poksu sibuk dengan kerjaya masing-masing dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai orang yang hanya makan gaji...Urusan kerja diselesaikan dengan sebaik  mungkin...Nadia yang berkerja sebagai jururawat di bahagian kritikal iaitu Dewan Bedah atau lebih terperinci Nadia berkerja menjadi Assistant Doktor Bius (GA nurse)

Assalamualaikum..tengah buat apa?” mesej dari Poksu.

 “Wkmslm...tak buat apa pun..tengah lepak-lepak sambil tengok TV” Nadia membalas mesej...


Kemudiannya kami berbalas mesej dan Poksu menyatakan dia akan bercuti di Negara Thailand untuk beberapa hari..Poksu bertanya sekiranya Nadia ingin sesuatu dari sana...Secara jujurnya, Nadia tidak pernah jejak kaki ke Negara luar...dalam Negara sendiri apatah lagi...Nadia hanya meminta Poksu selamat pergi dan balik...dan mengenai cenderahati tu, Nadia tidak kisah sangat kerana Nadia bukanlah seorang yang cerewet...Asalkan orang yang memberi tu ikhlas...
     

No comments:

Post a Comment